Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Cara-cara untuk Menarik Pelanggan dengan 7 Kaedah Kreatif

  Cara-cara untuk Menarik Pelanggan dengan 7 Kaedah Kreatif Disiarkan oleh: Fora Financial, Nov 28, 2021 Pelanggan merupakan nadi kepada kebanyakan perniagaan kerana mereka adalah pembeli kepada produk atau perkhidmatan kita. Mencari pelanggan baharu merupakan satu cabaran, tetapi ia boleh diatasi oleh setiap pemilik perniagaan. Mendapatkan pelanggan baharu mungkin agak sukar, tetapi itu tidak mustahil. Ia memerlukan perancangan dan teknik pembelajaran yang boleh meningkatkan peluang dalam mencari pelanggan dan dapat meningkatkan jualan. Tumpukan perhatian pada pelanggan yang berminat dengan apa yang akan anda tawarkan. Jika tidak, anda akan membuang masa yang sepatutnya anda boleh habiskan untuk membesarkan perniagaan anda. Mendapatkan Pelanggan Baharu Boleh Menjadi Sukar. Pemilik perniagaan sentiasa bergelut dalam mencari pelanggan potensi mereka. Salah satu sebab utama ialah mereka tidak menggu

12 Belanjawan Kos Permulaan bagi Perniagaan Kecil

  12 Belanjawan Kos Permulaan bagi Perniagaan Kecil Beberapa Kos Permulaan bagi Perniagaan Kecil yang Perlu Diambil Kira, Nov 27, 2021 Memulakan perniagaan baru memang sangat menggembirakan. Namun, bagi usahawan baru, kegembiraan itu selalunya akan datang seiring dengan rasa ketakutan bahawa usaha mereka akan gagal. Sebagai contoh, anda rasa bimbang tentang beban kewangan, anda berfikir adakah anda boleh memperolehi keuntungan dalam jangka panjang? Berapa banyak yang anda perlu belanjakan untuk memulakan perniagaan? Kos permulaan ialah perbelanjaan yang anda akan tanggung sebelum perniagaan anda menjana pendapatan. Malangnya, ini adalah perkara biasa bagi pemilik perniagaan baharu. Mereka membuat perancangan secara tidak sistematik tanpa mengambil kira sama ada mereka mampu membayar kos permulaan yang diperlukan. Ini sering menyebabkan kebanyakan perniagaan baharu tidak dapat bertahan lama. Jika anda tidak meneliti pe

50 Tanda Anda Mungkin Menjadi Usahawan

  50 Tanda Anda Mungkin Menjadi Usahawan Penulis Asal: John Rampton, Nov 22, 2021 Pendapat yang diutarakan adalah pendapat penulis sendiri. Usahawan adalah kumpulan manusia yang unik. Bukan sahaja mereka berfikir secara berbeza; mereka bertindak secara berbeza. Mereka menggunakan ciri-ciri keperibadian, tabiat dan set minda untuk menghasilkan idea-idea yang mengatasi garis antara tidak logik dan genius. Tetapi hanya kerana anda seorang pemikir asal dan menghasilkan idea untuk menggantikan petrol dalam kereta tidak bermakna anda layak menjadi seorang usahawan. Jika anda pernah tertanya-tanya sama ada anda seorang usahawan, lihat senarai berikut. Anda mungkin tidak mempunyai semua sifat atau kemahiran ini, namun jika anda mempunyai beberapa sifat tersebut, ini adalah petunjuk yang cukup baik bahawa anda mempunyai apa yang usahawan perlukan.