Skip to main content

Cara-cara untuk Menarik Pelanggan dengan 7 Kaedah Kreatif

 

Cara-cara untuk Menarik Pelanggan dengan 7 Kaedah Kreatif

Disiarkan oleh: Fora Financial, Nov 28, 2021

Pelanggan merupakan nadi kepada kebanyakan perniagaan kerana mereka adalah pembeli kepada produk atau perkhidmatan kita. Mencari pelanggan baharu merupakan satu cabaran, tetapi ia boleh diatasi oleh setiap pemilik perniagaan.

Mendapatkan pelanggan baharu mungkin agak sukar, tetapi itu tidak mustahil. Ia memerlukan perancangan dan teknik pembelajaran yang boleh meningkatkan peluang dalam mencari pelanggan dan dapat meningkatkan jualan.

Tumpukan perhatian pada pelanggan yang berminat dengan apa yang akan anda tawarkan. Jika tidak, anda akan membuang masa yang sepatutnya anda boleh habiskan untuk membesarkan perniagaan anda.

Mendapatkan Pelanggan Baharu Boleh Menjadi Sukar.

Pemilik perniagaan sentiasa bergelut dalam mencari pelanggan potensi mereka. Salah satu sebab utama ialah mereka tidak menggunakan teknik yang betul. Malah, mereka terlalu memberikan perhatian pada penjualan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik perniagaan untuk menumpukan perhatian pada tujuan utama perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, memperolehi pelanggan baharu juga merupakan sesuatu yang sangat penting. Apabila bekalan atau sumber telah habis, sudah pasti anda tidak mahu berebut-rebut mencari pelanggan seterusnya. Belajar untuk mewujudkan basis pelanggan anda, dengan itu anda tidak perlu tertekan untuk menghasilkan jualan.

Cara Menarik Pelanggan: 7 Kaedah Kreatif

Untuk menarik ramai pelanggan, anda haruslah mengikuti setiap proses. Sebaik sahaja anda memulakan proses itu, jadikan ia sebahagian daripada tugas perniagaan anda. Letakkannya pada senarai tugasan, atau minta seseorang melakukannya untuk anda.

Tujuh kaedah ini dapat meningkatkan potensi mencari lebih ramai pelanggan. Sampai satu tahap anda mungkin cuba untuk mengelak daripada melakukan proses ini, tetapi itu adalah masalah yang baik untuk dihadapi.

About Shoppymore

SHOPPYMORE telah ditubuhkan pada 2020, Shoppymore Global ialah platform pasaran baru muncul nombor satu di dunia. Dengan kehadirannya di Malaysia dan tidak lama lagi di dunia – Shoppymore menghubungkan dan memperkayakan gaya hidup masyarakat dengan nilai dan etika yang baik.

Follow Shoppymore

HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial
1. Penyelidikan Pasaran dapat Mengenalpasti Pelanggan yang Berpotensi

Menjalankan penyelidikan pasaran boleh membantu anda menyasarkan pelanggan yang betul. Kebanyakan perniagaan cuba menyasarkan semua orang sebagai pelanggan berpotensi mereka. Apa yang mereka lakukan ini bukanlah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan pelanggan baharu.

Luangkan sedikit masa dengan menyasarkan orang-orang yang betul untuk menjadi pelanggan anda. Syarikat pemasaran mencadangkan untuk mencipta persona atau avatar pelanggan. Ia merupakan profil rekaan pelanggan ideal anda. Sebagai contoh, jika anda menyasarkan kaum lelaki dalam kumpulan umur tertentu, cipta persona di sekeliling sasaran jenis itu.

Satu teknik tentang cara menarik pelanggan baharu ialah menganalisis pesaing anda. Siapa yang mereka sasarkan? Lihat profil sosial pesaing untuk melihat siapa yang mengikuti mereka. Anda boleh menyasarkan mereka juga.

2. Tentukan Di Mana Pelanggan Anda Bermastautin

Pernah anda meninjau blog atau forum yang berkaitan dengan perniagaan anda? Biasanya ia mengandungi maklumat berharga tentang kepentingan pelanggan anda. Ia merupakan alat yang hebat untuk mengetahui soalan-soalan yang ditanya oleh pelanggan.

Jangan terlepas pandang rangkaian sosial anda apabila menggunakan kaedah ini, kerana pemasaran dari mulut ke mulut selalunya boleh membawa kepada referral. Ramai pelanggan akan terlibat dalam perbualan bersama rakan-rakan mereka mengenai minat masing-masing. Mereka akan meminta nasihat rakan atau pengikut mereka tentang produk atau perkhidmatan.

Semak laman web soal jawab juga, seperti Quora.com dan ask.com. Sesetengah pemasar suka memanipulasi laman web ini, jadi anda perlu membacanya dengan teliti.

Data yang dikumpulkan daripada pelanggan yang sedia ada boleh membantu anda menentukan maklumat demografi mereka. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk mencari orang yang mempunyai ciri-ciri yang serupa.

3. Dapatkan Pemahaman Lebih Mengenai Industri Anda

Langgani majalah dan persatuan perdagangan industri untuk lebih memahami pasaran ideal anda. Penerbitan seperti ini biasanya memerlukan langganan berbayar, tetapi ia berbaloi dengan maklumat berguna yang anda akan akses.

Selain itu, anda akan belajar tentang pengalaman rakan sekerja dan pesaing dalam industri anda. Anda juga akan menerima sumber-sumber lain yang berguna.

Dengan mengawasi semua berita kewangan dalam industri anda, ia dapat memberikan persepsi yang hebat. Saluran berita kewangan sering melaporkan tentang syarikat dalam industri itu. Lihat siaran akhbar untuk mencari berita tentang pesaing atau industri.

Akhir sekali, sediakan makluman di laman web seperti Google Alerts dan IFTTT.com. Perkhidmatan ini akan menghantar makluman kepada e-mel anda apabila peristiwa tertentu dicetuskan. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan kata kunci yang berkaitan dengan salah satu produk anda untuk mengetahui tentang sebarang pembaharuan.

4. Melakukan Positioning dan Membezakan Perniagaan Anda

Bolehkah anda jelaskan mengapa perniagaan anda berbeza? Mengapakah pelanggan perlu membeli daripada anda dan bukannya pesaing anda? Semasa anda mengenal pasti perbezaan perniagaan anda, anda boleh menggunakannya untuk melakukan positioning jenama anda dan menarik pelanggan baharu.

Kadangkala, positioning boleh berfungsi walaupun anda mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pesaing anda. Jika pelanggan menganggap anda berbeza dari perniagaan lain, mereka akan membeli daripada anda. Sebagai contoh, menawarkan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa akan membantu syarikat anda lebih terserlah berbanding yang lain.

Selain daripada membezakan harga, cuba cari ciri-ciri lain yang lebih menarik. Hal ini kerana, kebiasaanya pesaing akan menurunkan harga mereka atas percubaan untuk menghalau anda keluar. Ia merupakan perlumbaan yang biasa, tiada siapa yang akan menang, dan tidak juga bagi pelanggan.

5. Memupuk Perkongsian (Partnerships) Dan Hubungan (Relationships)

Internet merupakan alat kerjasama yang sangat berharga. Gunakan ia sebagai kelebihan anda. Individu-individu di luar sana suka berkongsi idea dan pengetahuan mereka, jadi inilah peluang untuk perniagaan anda bekerjasama dengan individu lain.

Apabila anda mewujudkan perkongsian dan memupuk hubungan antara satu sama lain, anda tidak perlu lagi bekerja keras. Anda hanya perlu memberikan penjelasan yang betul. Selepas itu, orang ramai mula berkongsi sesama sendiri, dan akan ada di antara rakan mereka yang menjadi pembeli anda.

Berikan newsletter atau surat berita secara percuma dengan nasihat atau petua yang berguna. Dengan melakukan ini, anda boleh membina senarai e-mel (email list) untuk membina hubungan erat dengan pelanggan anda. Sediakan maklumat berguna dalam newsletter tanpa melakukan terlalu banyak promosi. Jika tidak, anda akan kehilangan ikatan ini.

Selain itu, ingat bahawa pelanggan amat menyukai penghargaan, jadi tidak salah jika sekali-sekala anda memberikan hadiah kepada pelanggan sedia ada. Lebih-lebih lagi, apabila anda membantu pembeli setia anda untuk menjadi duta jenama, mereka dapat melakukan jualan untuk anda dengan lebih jujur. Walau bagaimanapun, anda perlulah melayan mereka dengan baik dan memastikan mereka terus terlibat dalam seperti aktiviti ini.

Pada waktu yang sama, pertimbangan harus diberi untuk membuat program affiliate. Ahli-ahli program affiliate yang bermotivasi tinggi boleh membawa masuk ramai pelanggan baharu. Ia juga merupakan kaedah kos rendah. Malah, anda juga boleh bekerjasama dengan syarikat yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan anda. Membangunkan hubungan yang kukuh dapat membuka pintu kepada peluang baharu.

6. Jangan Takut Berbelanja dalam Pemasaran

Pemasaran menjadi sangat berguna apabila dilaksanakan dengan betul. Pemilik perniagaan kecil cenderung untuk elak berbelanja pada strategi pemasaran mereka. Mereka takut mereka akan membelanjakan terlalu banyak wang dan menghasilkan terlalu sedikit keuntungan.

Dapatkan perkhidmatan syarikat pemasaran yang betul dan belanjakan wang untuk kempen-kempen yang mereka tawarkan kepada anda. Anda boleh bekerjasama dengan syarikat ini untuk kekal dalam belanjawan pemasaran anda. Walau bagaimanapun, apabila mereka dapat menghasilkan untung yang baik, anda juga mungkin berminat untuk meningkatkan belanjawan anda.

Perniagaan kecil sering membelanjakan wang untuk teknik-teknik lama yang tidak membuahkan hasil. Selepas kempen mereka gagal, barulah mereka menghubungi syarikat-syarikat pemasaran.

Anda juga boleh cuba mempelajari teknik pemasaran sendiri dan kemudian menggunakannya untuk memasarkan perniagaan anda. Merangka pelan pemasaran memerlukan banyak masa untuk dikuasai. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah saluran paip, adakah anda menghubungi tukang paip atau pergi ke sekolah untuk belajar menjadi tukang paip? Melainkan perniagaan anda adalah pemasaran atau perniagaan paip, tumpukan pada aktiviti utama anda.

7. Membuat Susulan (Follow Up) Dengan Pelanggan Sedia Ada, Dapatkan Referral

Mungkin tertarik untuk mencuba dan memikul sebanyak mungkin tanggungjawab untuk menjimatkan wang. Sebaliknya, ia mungkin lebih bijak untuk mengupah profesional seperti penjaga buku, CPA atau peguam.

Sebagai contoh, akauntan boleh menerangkan struktur undang-undang yang berbeza seperti S-corps, C-corps, LLC dan Syarikat Milikan Tunggal. Mereka juga boleh membantu anda dan memastikan bahawa anda mematuhi peraturan negeri dan persekutuan.

Ini hanyalah salah satu contoh bagaimana penyumberan luar tugas tertentu boleh memberikan manfaat kepada perniagaan anda dalam jangka masa panjang, walaupun ia akan menambah sedikit kos permulaan anda!

Mendapat Pelanggan Baharu Bukanlah Satu Teka-teki

Kunci untuk mendapatkan pelanggan baharu ialah mengejar mereka secara aktif. Kebanyakan pemilik perniagaan gagal mendapatkan pelanggan baharu. Mereka tidak mempunyai rancangan, atau mereka melakukan tugas itu secara tidak tersusun.

Kaedah yang diterangkan dalam artikel ini akan memudahkan proses mendapatkan pelanggan. Ia membantu anda menggambarkan sistem yang boleh digunakan untuk mendapatkan petunjuk dan mendapatkan pelanggan yang layak untuk perniagaan anda.

Selain itu, di Shoppymore kami mempunyai kesan pemasaran yang sangat menakjubkan. Oleh itu, jika anda ingin menarik pelanggan baru dengan kadar yang banyak dan tepat untuk perniagaan anda, anda boleh sertai kami.

Shoppymore adalah platform e-dagang yang berkeliaran dalam berjuta-juta lalu lintas. 85% pelanggan berpotensi ini lebih cenderung melihat kedai anda dan 50% lebih cenderung melakukan pembelian di kedai anda dalam platform kami berbanding pilihan platform lain.

Comments

Popular posts from this blog

CARA UNTUK MENJUAL DI SHOPPYMORE

  CARA UNTUK MENJUAL DI SHOPPYMORE Cara untuk Menjual di Shoppymore Pendedahan asas-asas cara menjual di Shoppymore, Nov 12, 2021 Adakah anda masih baru dalam hal jual-beli atas talian terutamanya di pasaran digital? Jika anda ingin menjana pendapatan secara atas talian pada tahun ini dan berterusan selama beberapa tahun, artikel ini sesuai menjadi panduan anda. Bukan sahaja kami akan mendedahkan asas-asas cara menjual di Shoppymore, tetapi kami juga akan menyelami kuasa pemasaran digital untuk melonjakkan kejayaan anda supaya anda boleh menghsilkan beribu-ribu malah berjuta-juta wang ringgit setiap tahun dengan menjual produk dalam talian. Shoppymore sentiasa menggalakkan semua orang untuk menjual dalam talian. Hal ini kerana ia adalah percuma dan tidak banyak syarat atau kekangan untuk menjadi penjual. Mari kita terokai. ...

Kepentingan Mempunyai Laman Web Anda Sendiri

  Kepentingan Mempunyai Laman Web Anda Sendiri Mungkin selama ini menjual produk anda di platform lain seperti Shopee, Lazada, Shoppymore , dan banyak lagi. Tetapi tahukah anda mempunyai laman web anda sendiri dapat memberikan anda kuasa pemilikan penuh. Di laman web anda, anda boleh memasukkan harga produk, mempunyai pangkalan data (database), sebagai backup apabila berlaku masalah pada platform pihak ketiga seperti Shopee, Shoppymore dan lain-lain. Adakah orang masih pergi ke laman web hari ini? Jawapannya adalah ya dan atas alasan yang sangat baik juga. Saat ingin tahu Saat terasa nak pergi Saat rasa nak buat Saat rasa nak beli Jika anda mempunyai laman web, orang mungkin lebih yakin dengan produk yang anda jual.   Untuk meyakinkan orang ramai, anda perlu tahu kepentingan mempunyai laman web dengan reka bentuk yang baik. Pada asasnya, dalam beberapa saat anda boleh menarik perhatian pelawat dan memastikan bahawa mereka akan kekal. Ikuti nasihat ini dan anda akan melihat pen...

Cara Memilih Produk yang Sesuai untuk Dijual

  CARA MEMILIH PRODUK YANG SESUAI UNTUK DIJUAL Cara Memilih Produk yang Sesuai untuk Dijual Penulis asal: Beatriz Estay, Nov 18, 2021 Kita semua ingin memiliki sebuah syarikat besar pada masa akan datang — sama seperti beberapa jenama D2C yang paling popular hari ini. Sebenarnya, dalam pemasaran produk yang padat hari ini, sukar untuk kita menjana idea produk. Anda beruntung kerana kami telah menyusun senarai idea-idea baru untuk produk demi membantu anda membuka kunci dan mendorong semangat keusahawanan anda. 1. Mengenal pasti atau mencipta produk yang dapat menyelesaikan masalah Apabila anda ingin menjana idea untuk produk atau perkhidmatan anda, adalah lebih baik jika anda juga memikirkan masalah yang anda hadapi dalam kehidupan harian. Produk atau perkhidmatan anda tidak semestinya memerlukan usaha yang besar dan rumit — ia boleh menjadi produk atau perkhidmatan yang mudah, tetap...