Cara Mencari Nama Terbaik untuk Perniagaan atau Kedai Atas Talian Anda. Penulis asal: JOSH SPIRO; Ditulis semula: Dec 6, 2021 Sudah tentu kita semua tidak boleh mempunyai perniagaan tanpa nama perniagaan! Proses memilih nama perniagaan yang sempurna yang menarik bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk menyampaikan maksud perniagaan itu sendiri. Kebanyakan perniagaan pada masa lalu gagal disebabkan oleh nama yang tidak berfungsi. Oleh itu amatlah penting untuk memilih nama perniagaan dengan baik. Memilih nama perniagaan yang betul membantu perniagaan berjaya. Hal ini kerana ia adalah kunci untuk membezakan anda dengan pesaing anda. Pelanggan akan mengaitkan nama perniagaan dengan nilai yang diberikan kepada mereka. Pertimbangan undang-undang Sebelum memulakan usaha anda dalam memilih nama perniagaan yang sempurna, anda harus mempunyai idea yang jelas tentang jenis struktur pe...