Skip to main content

Miliki Stor di Shoppymore VS Membina Laman Web.


Miliki Stor di Shoppymore VS Membina Laman Web

Adakah anda perlu untuk membelanjakan wang ringgit yang banyak bagi membina laman web sendiri dengan menggunakan kepakaran pereka laman web luar? Anda yang ingin menceburi bidang perniagaan dan inginkan pendapatan tambahan berganda mungkin terpaksa melalui pelbagai cabaran. Namun jangan risau, kami di shoppymore.com mempunyai resepi untuk mengatasi cabaran dan menentukan kejayaan anda! Pemilikan store sendiri iaitu laman web melalui Shoppymore akan memudahkan anda menjalankan perniagaan kerana kami adalah penyedia perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Shoppymore adalah platform e-dagang atau perdagangan elektronik secara atas talian yang berasal dari Malaysia. Izinkan saya memberitahu tentang apa yang kami berikan kepada anda dan apa yang akan anda hasilkan dari kedai/stor anda sendiri.

1. Aspek pertama yang paling penting adalah ia bukan sebuah kedai individu!

Cuba bayangkan bahawa anda mempunyai dua pilihan untuk membuka sebuah kedai/stor iaitu yang pertama  pilihan disebut sebagai Internet yang luas tapi tidak padat manakala yang kedua adalah Shoppymore dari kawasan berpendudukan padat disebuah bandaraya. Berdasarkan kepada kedua-dua senario ini, andakah anda sebagai usahawan akan membuka kedai/stor di kawasan yang luas atau kawasan yang berpenduduk padat dan dikenali? Jadilah pembuat keputusan yang bijak berdasarkan fakta yang diberi.

2. Kami di Shoppymore sebagai pihak yang bertanggungjawab!

Kedua, daripada mempercayai sumber yang tidak diyakini untuk membina kedai/stor impian anda. Biarkan para profesional yang menjalankan urusan dari segi rekaan, pelaksanaan dan pemasaran. Dengan pengalaman sedia ada, Shoppymore diyakini dapat merancang dan memasarkan produk anda yang dapat menjangkau sasaran pembeli yang dikhendaki oleh para usahawan itu sendiri.  

3. Kami bekerja semasa anda tidur

Bahagian terbaik untuk bekerja dengan kami ialah beban kerja anda di kedai ini hampir tiada. Kami membina, memasar, mempromosi dan mengurus. Sementara itu anda hanya menghantar produk anda kepada kami, menguruskan logistik, dan tidur. Kemudian bangun dan menerima wang tunai. Bukankah itu impian setiap usahawan?

4. Impak pasaran

Shoppymore merupakan platform e-dagang yang berupaya menarik perhatian orang ramai bagi membeli pelbagai barangan yang dipasarkan oleh para pembekal, yakni 85% pelanggan berpotensi untuk melayari Gedung anda di Internet dan 50% berpotensi untuk melakukan pembelian. 

5. Sistem sokongan sepanjang hayat

Kami di Shoppymore memberikan tumpuan untuk membantu perniagaan kecil mencapai tahap yang lebih tinggi. Salah satu nilai asas kami adalah "BARANG BUATAN MALAYSIA" yang boleh diterjemahkan menjadi "Buatan Malaysia". Kami berdedikasi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas menjalankan perniagaan dan berupaya merancakkan perniagaan yang tidak terserlah dengan menjadikkan perniagaan tersebut terserlah. Anda tidak perlu menjadi pakar teknologi untuk menjalankan kedai dengan kami. Kami sedia membantu dan menolong anda dalam semua peringkat dan membantu mewujudkan impian anda menjadi kenyataan. Kami juga menyediakan pelbagai analisis perniagaan dan enjin carian SEO untuk mengesan dan menganalisis prestasi anda.

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ciri-ciri menarik lain yang disediakan oleh Shoppymore, nantikan posting kami yang seterusnya.



Retrieved from, 

Internet links, dated 21/10/2021, Puchong Selangor for reading, info sharing, and educational purposes only. 

Comments

Popular posts from this blog

CARA UNTUK MENJUAL DI SHOPPYMORE

  CARA UNTUK MENJUAL DI SHOPPYMORE Cara untuk Menjual di Shoppymore Pendedahan asas-asas cara menjual di Shoppymore, Nov 12, 2021 Adakah anda masih baru dalam hal jual-beli atas talian terutamanya di pasaran digital? Jika anda ingin menjana pendapatan secara atas talian pada tahun ini dan berterusan selama beberapa tahun, artikel ini sesuai menjadi panduan anda. Bukan sahaja kami akan mendedahkan asas-asas cara menjual di Shoppymore, tetapi kami juga akan menyelami kuasa pemasaran digital untuk melonjakkan kejayaan anda supaya anda boleh menghsilkan beribu-ribu malah berjuta-juta wang ringgit setiap tahun dengan menjual produk dalam talian. Shoppymore sentiasa menggalakkan semua orang untuk menjual dalam talian. Hal ini kerana ia adalah percuma dan tidak banyak syarat atau kekangan untuk menjadi penjual. Mari kita terokai. ...

Kepentingan Mempunyai Laman Web Anda Sendiri

  Kepentingan Mempunyai Laman Web Anda Sendiri Mungkin selama ini menjual produk anda di platform lain seperti Shopee, Lazada, Shoppymore , dan banyak lagi. Tetapi tahukah anda mempunyai laman web anda sendiri dapat memberikan anda kuasa pemilikan penuh. Di laman web anda, anda boleh memasukkan harga produk, mempunyai pangkalan data (database), sebagai backup apabila berlaku masalah pada platform pihak ketiga seperti Shopee, Shoppymore dan lain-lain. Adakah orang masih pergi ke laman web hari ini? Jawapannya adalah ya dan atas alasan yang sangat baik juga. Saat ingin tahu Saat terasa nak pergi Saat rasa nak buat Saat rasa nak beli Jika anda mempunyai laman web, orang mungkin lebih yakin dengan produk yang anda jual.   Untuk meyakinkan orang ramai, anda perlu tahu kepentingan mempunyai laman web dengan reka bentuk yang baik. Pada asasnya, dalam beberapa saat anda boleh menarik perhatian pelawat dan memastikan bahawa mereka akan kekal. Ikuti nasihat ini dan anda akan melihat pen...

Cara Memilih Produk yang Sesuai untuk Dijual

  CARA MEMILIH PRODUK YANG SESUAI UNTUK DIJUAL Cara Memilih Produk yang Sesuai untuk Dijual Penulis asal: Beatriz Estay, Nov 18, 2021 Kita semua ingin memiliki sebuah syarikat besar pada masa akan datang — sama seperti beberapa jenama D2C yang paling popular hari ini. Sebenarnya, dalam pemasaran produk yang padat hari ini, sukar untuk kita menjana idea produk. Anda beruntung kerana kami telah menyusun senarai idea-idea baru untuk produk demi membantu anda membuka kunci dan mendorong semangat keusahawanan anda. 1. Mengenal pasti atau mencipta produk yang dapat menyelesaikan masalah Apabila anda ingin menjana idea untuk produk atau perkhidmatan anda, adalah lebih baik jika anda juga memikirkan masalah yang anda hadapi dalam kehidupan harian. Produk atau perkhidmatan anda tidak semestinya memerlukan usaha yang besar dan rumit — ia boleh menjadi produk atau perkhidmatan yang mudah, tetap...