Skip to main content

Cara Memilih Produk yang Sesuai untuk Dijual

 

CARA MEMILIH PRODUK YANG SESUAI UNTUK DIJUAL

Cara Memilih Produk yang Sesuai untuk Dijual

Penulis asal: Beatriz Estay, Nov 18, 2021

Kita semua ingin memiliki sebuah syarikat besar pada masa akan datang — sama seperti beberapa jenama D2C yang paling popular hari ini. Sebenarnya, dalam pemasaran produk yang padat hari ini, sukar untuk kita menjana idea produk.

Anda beruntung kerana kami telah menyusun senarai idea-idea baru untuk produk demi membantu anda membuka kunci dan mendorong semangat keusahawanan anda.

1. Mengenal pasti atau mencipta produk yang dapat menyelesaikan masalah

Apabila anda ingin menjana idea untuk produk atau perkhidmatan anda, adalah lebih baik jika anda juga memikirkan masalah yang anda hadapi dalam kehidupan harian.

Produk atau perkhidmatan anda tidak semestinya memerlukan usaha yang besar dan rumit — ia boleh menjadi produk atau perkhidmatan yang mudah, tetapi sangat berkesan.

Peluang produk juga boleh wujud dalam beberapa bidang lain seperti:

  • Ciri-ciri produk yang dipertingkatkan,
  • Pasaran baharu yang belum direalisasikan oleh pesaing, atau
  • Kedudukan dan pemasaran produk yang unik

Sebagai contoh, jenama kecantikan dan penjagaan kulit, Bliss mengambil produk yang sedang trend atau hangat, dan menambah baik ciri-ciri produk sambil memanfaatkan peluang pasaran yang belum direalisasikan, kemudian memperkenalkan dalam pasaran dengan kedudukan yang unik.

Dengan mengasaskan sumbang saran anda di mata pengguna, anda akan dapat mengenal pasti cara produk atau perkhidmatan boleh membawa nilai kepada kehidupan seseorang.

Petua: Renungkan kehidupan anda sendiri dan tentukan pengalaman apa yang mengganggu fikiran anda.

2. Cari produk yang anda dan orang lain minati

'Minat' mungkin menjadi kata kunci, malah ia membawa banyak nilai.

Memulakan perniagaan anda sendiri bukanlah satu kemewahan dan glamor seperti yang ditayangkan dalam filem. Realitinya ia lebih kelihatan seperti masa yang panjang, mungkin di kawasan berbatu, dan kadangkala, jika ia tidak berkesudahan, kita boleh berputus asa.

Bersemangat dengan apa yang anda lakukan bukan sahaja dapat membantu anda melalui masa-masa yang sukar, tetapi juga dapat membantu anda mencipta pemesejan jenama yang boleh berkomunikasi dengan cara yang bermakna, natural dan menarik.

Mari kita berterus-terang — tanpa semangat, apakah penyebab utama atau pendorong di sebalik perniagaan online anda?

Dengan melabur secara emosi ke atas produk, anda boleh menyampaikan nilai dan misi dengan lebih baik di dalam pasaran. Selain itu, cerita yang beremosi juga dapat membantu anda lebih menonjol daripada pesaing anda.

3. Cari produk yang berpotensi dalam penjenamaan

Anda telah mengenal pasti produk yang berpotensi menyelesaikan masalah pengguna dan ia juga datang daripada minat. Jadi, apa seterusnya? Mencipta pemesejan jenama yang mantap dan sebarkan ke ruang e-commerce yang kompetitif ini.

Mencipta jenama yang terkenal dan sukar untuk dilupakan, bermakna anda perlu meluangkan masa untuk menyelidik dan benar-benar memahami pengguna sasaran anda.

“Jenama anda harus disampaikan dengan cara yang berinspirasi dan memaksa bakal pelanggan anda untuk kembali.” Dengan kata lain, anda ingin mewujudkan kesetiaan berdasarkan identiti pelanggan.

Beberapa soalan yang bagus untuk dimulakan ialah:

  • Bagaimana ingin menangani pelanggan sasaran anda?
  • Bagaimana anda akan meletakkan produk anda?
  • Bagaimana anda akan membina laman web anda untuk mempromosikan jenama dan menarik minat bakal pelanggan melalui reka bentuk, warna dan butang bertindak?

Memanfaatkan produk untuk mewujudkan komuniti dan tujuan adalah komponen penting untuk mengembangkan stor atas talian anda. Tanpa produk dan jenama yang boleh dikaitkan dengan pelanggan anda, pada asasnya ia seperti menjalankan perniagaan di tangki yang kosong.

4. Mengikuti trend lebih awal

Memanfaatkan pasaran baru dan mencari spot untuk jenama anda.

Untuk berjaya dalam melakukan hal itu, penting untuk anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan yang trend dan hangat –– melancarkan laman e-commerce untuk memanfaatkannya sebelum ia mencapai puncak populariti.

Sebagai pemilik perniagaan kecil, mengikuti trend dengan lebih awal boleh membantu perniagaan anda melakukan peningkatan yang besar. Anda berpeluang memiliki kata kunci SEO dan menjadikan diri anda sebagai penggerak dalam pasaran yang anda layani sejak awal.

Mula memikirkan produk atau perkhidmatan yang telah menjadi perhatian orang ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

5. Cari produk yang menimbulkan kesenangan dengan rasa bersalah (Guilty Pleasures)

Ia sentiasa kembali kepada perkara yang kita minati. Satu lagi produk yang terbukti berjaya adalah produk yang memenuhi ketagihan pelanggan, atau malah keburukan mereka.

Pembeli sering membelanjakan lebih banyak untuk kesenangan mereka, mengembangkan kesetiaan yang mendalam kepada jenama yang memahami obsesi mereka.

Dari awal, Jeni's Ice Cream berusaha menawan emosi pelanggan setia mereka.

Jeni's menyedari bahawa ais krim adalah hidangan yang istimewa, itulah sebabnya mereka membuat produk mereka dengan bahan-bahan segar. Dengan cara ini, pelanggan boleh berasa gembira untuk memanjakan diri dari semasa ke semasa (dan pilihan perisa mereka yang pelbagai membuatkan pelanggan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi).

6. Mengenal pasti dan melayani segmen yang khusus (Niche)

Segmen yang khusus (niche) merupakan fokus kepada kejayaan perniagaan e-commerce

Melayan segmen niche ialah cadangan perniagaan yang hebat kerana anda mencipta produk yang menyelesaikan isu untuk segmen niche yang sangat bersemangat.

Melayani pengguna niche yang bersemangat dan teruja dapat membantu meningkatkan kesedaran kewujudan jenama, trafik atas talian, dan akhir sekali, meningkatkan pelanggan baru dan mengembalikan pelanggan lama.

Berikut adalah 10 produk khusus (niche) yang diramal akan ‘laku habis’ apabila dijual atas talian pada tahun 2022:

  • Makanan sihat dan popular.
  • Minuman ringan.
  • Kotak langganan.
  • Cincin pertunangan dan cincin perkahwinan.
  • Buku nota jurnal dan perancang peribadi.
  • Makanan haiwan peliharaan.
  • Produk kecantikan yang selamat.
  • Kamera dan aksesori foto (cth. dron dan tripod).
  • Shapewear.
  • Elemen rumah yang selesa (cth. Humidifier dan jam penggera)

Segmen yang niche sering menyatakan kejayaan perniagaan e-commerce.

7. Cari peluang perniagaan di mana-mana sahaja

Untuk menjadi sebahagian daripada menjadi seorang usahawan, kita perlu sentiasa memerah imaginasi kita.

Semasa anda melakukan tugas anda sebagai warga dunia, perhatikan bagaimana masyarakat berkelakuan. Adakah norma yang perlu ditinggalkan? Adakah terdapat peluang untuk meningkatkan hidup kejiranan anda?

Produk apa yang boleh menerima pelanggan dengan cepat? Industri apa yang mendapat banyak tarikan?

Mengikuti perkembangan terkini tentang perkara yang berlaku di dunia, ia dapat membantu anda mengenal pasti peluang perniagaan online baharu. Di samping itu, anda perlu duduk dan menilai kekuatan dan minat anda.

Adakah anda seorang pemasar yang berbakat secara semula jadi? Adakah idea untuk mengumpul dana membuat anda sebak?

Kumpulkan sumber, manusia dan teknikal, untuk menjalankan perniagaan online anda. Mempunyai pendekatan yang teratur untuk produk dan pelancaran perniagaan boleh memberi petanda yang baik pada masa hadapan.

About Shoppymore

SHOPPYMORE telah ditubuhkan pada 2020, Shoppymore Global ialah platform pasaran baru muncul nombor satu di dunia. Dengan kehadirannya di Malaysia dan tidak lama lagi di dunia – Shoppymore menghubungkan dan memperkayakan gaya hidup masyarakat dengan nilai dan etika yang baik.

Follow Shoppymore

HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial

Comments

Popular posts from this blog

Shoppymore – The right choice! The master key that unlocks many locks.

Shoppymore - the right choice is Malaysia’s emerging online marketplace platform. This new and upcoming future of e-commerce is well received among its audience throughout the country. This has been happening for a variety of reasons. One of the main reasons would be this blog’s title. Shoppymore - The right choice, the master key that unlocks many locks.  So what does this title mean? Hold on, this is the blog that describes one of our best features to our vendors. Now on Shoppymore, our vendors can manage and monitor all their stores in various other e-commerce fronts like Shopee, Lazada, etc right from our Shoppymore website. You can simply sign up log into your vendor portal on the Shoppymore website, and link your stores to other e-commerce platforms through simple steps given there. You can then add stocks, track performance, and a lot more in all your stores right from Shoppymore. One of the main reasons many vendors avoid listing in various e-commerce sites would be becaus...

Miliki Stor di Shoppymore VS Membina Laman Web.

Miliki Stor di Shoppymore VS Membina Laman Web Adakah anda perlu untuk membelanjakan wang ringgit yang banyak bagi membina laman web sendiri dengan menggunakan kepakaran pereka laman web luar? Anda yang ingin menceburi bidang perniagaan dan inginkan pendapatan tambahan berganda mungkin terpaksa melalui pelbagai cabaran. Namun jangan risau, kami di shoppymore.com mempunyai resepi untuk mengatasi cabaran dan menentukan kejayaan anda! Pemilikan store sendiri iaitu laman web melalui Shoppymore akan memudahkan anda menjalankan perniagaan kerana kami adalah penyedia perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sebagai seorang usahawan yang berjaya. Shoppymore adalah platform e-dagang atau perdagangan elektronik secara atas talian yang berasal dari Malaysia. Izinkan saya memberitahu tentang apa yang kami berikan kepada anda dan apa yang akan anda hasilkan dari kedai/stor anda sendiri. 1. Aspek pertama yang paling penting adalah ia bukan sebuah kedai individu! Cuba bayangkan bahawa anda mempunyai du...

Shoppymore now brings you two awesome features’ inside its very own store

Shoppymore now brings you two awesome features’ inside its very own store What are they? Where are they? How are they? Insurance : The first exciting feature Shoppymore provides is a one-stop place for your insurance needs. Always confused on which insurance to avail for your vehicle? Not able to decide which vendor to go to? Being cheated by your local insurance agent? Don’t worry Shoppymore now partners with ipay88 to deliver you the most exciting and transparent insurance options available for you at the ease of your home. All you have to do is visit our website and get your insurance done today. Will Creation: The next important thing to living life is leaving life. Don’t we all want to be prepared for the worst possibility? Don’t we all want to leave our loved ones with wealth and comfort? Then the first step to it is will creation. Most of us don’t write a will these days because of legal complications, cost of will creations, confusion etc. Shoppymore partners with...